Monday, 27 August 2012

Gunung Merbabu, Indonesia (3142m)


Gunung Merbabu adalah stratovolcano aktif di wilayah Jawa Tengah di pulau Jawa Indonesia. Nama Merbabu diterjemahkan sebagai 'Gunung Debu' dari gabungan perkataan Jawa ; Meru bermaksud "gunung" dan awu atau abu bermaksud "abu".


Pada Jun 2012, Malaysian Backpackers sekali lagi bekerjasama dengan Equator Indonesia dengan membawa peserta daripada Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur seramai 11 orang penuntut dan dua orang pensyarah untuk mendaki Gunung Merbabu ini.



Malam sebelum pendakian kami bermalam di Selo Pass Hotel yang terletak lebih kurang 2km dari Base Camp Merbabu. Kami bertolak dari hotel pada pukul 7.30 pagi (waktu Indonesia) dengan menaiki lori sayur ke Base Camp Merbabu.
Kesemua pendaki tiba di Base Camp Merbabu pada pukul 8.00 pagi. Di sini kami membuat final check - list bagi memastikan semua kelengkapan dan keperluan mencukupi dan sedikit taklimat ringkas diberikan oleh ketua guider iaitu Mas Rody.
Kami memulakan perjalanan ke Savana 2 iaitu camp site pada malam ini sekitar jam 9.00 pagi. Perjalanan ini mengambil masa 6 jam dan dijangka tiba di camp site pada pukul 3 petang. Berikut adalah gambar ketika pendakian ke Savana 2 ;








Kami berhenti rehat untuk makan tengahari di sekitar kawasan Savana 1.



Pendakian diteruskan dan kami tiba di Savana 2 sekitar jam 3. Para pendaki menghabiskan masa di camp site dengan bergambar, makan malam, solat dan tidur sekitar jam 10 malam.





Kami memulakan pendakian menuju ke puncak Merbabu sekitar jam 5 pagi dan kesemua pendaki tiba di puncak Merbabu pada jam 6.30 pagi. Perjalanan diiringi dengan cuaca yang baik pada kadar suhu 10 darjah celcius. Sunrise sekitar jam 5.30 pagi. 






Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di atas puncak untuk bergambar dan menikmati pemandangan dari puncak gunung Merbabu. Pemandangan 360 darjah dapat menjamah segenap kawasan Jawa Tengah yang berdekatan dengan Gunung Merbabu.

Ini adalah link video log sepanjang pendakian ke Puncak Merbabu ; VideoLog Merbabu





Monday, 6 August 2012

Malaysia, Air Terjun Berkelah, Pahang - Schlumberger

This trip we brought to you the group from Schlumberger Company.. 


 Repelling and Abseiling

 Waterfall Trekking

 Waterfall Canyoning

How to make yourself confident with your rope.. huhu

Our buddy

Sunday, 25 March 2012

Japan, Tokyo - Sakura Backpackers




Perjalanan ke Tokyo..destinasi yang amat di nanti-nanti kan oleh kebanyakan orang terutamanya musim bunga Sakura.. Berikut adalah serba sedikit cerita kami di bumi matahari terbit ini..



Perjalanan bermula


Tiba di Airport Haneda, Tokyo, Japan


 Dalam bas menuju ke Shibuyaku


Public Toilet gempak gila electronic dia


DAY 2


Pintu masuk Disneyland